Thursday, November 25, 2010

Cara Mengenal Mutiara Yang Baik

Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda/bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Sekiranya terdapat dua atau lebih bintik, mutiara tersebut adalah tidak berkilau, menarik dan di tambah dengan kilauan adalah baik untuk dibuat cicin.
Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan "nacre" dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz - berbanding dengan kualiti. Contohnya harga "loose pearls' bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.

Warna Mutiara
Warna mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah merah jambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan / padankan dengan warna kulit si pemakai.

Penjagaan Mutiara
Tanda-tanda yang kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.